

Tugas harian kini mudah
macOS penuh dengan ciri pintar yang menjadikannya mudah untuk menyelesaikan tugas terus daripada desktop anda.

App untuk semua yang anda mahu lakukan
Mac anda disertakan dengan app terbina dalam yang membenarkan anda melakukan perkara yang menakjubkan—dan anda boleh mencari lebih banyak app yang hebat dalam Mac App Store.

Keluarga didahulukan
Dengan macOS dan iCloud, keluarga anda boleh berkongsi pembelian—seperti muzik atau buku—berseronok, menjadi produktif dan kekal bersambung, di mana-mana sahaja mereka berada.

Lindungi data anda dan Mac anda
Tiada yang lebih penting daripada keselamatan data anda. Mac anda memberikan anda alat untuk melindungi data anda dan memastikan Mac anda lebih selamat.

Mac anda merupakan sebahagian daripada pasukan yang hebat
Mac anda bekerja dengan peranti Apple lain anda dengan lancar. Hanya dengan satu klik atau ketikan, anda boleh mengembangkan desktop Mac anda menggunakan iPad anda, berkongsi fail bersama rakan dengan mudah dan banyak lagi.
Untuk melayari Panduan Pengguna macOS, klik Senarai Kandungan di bahagian atas halaman.
Jika anda memerlukan lebih banyak bantuan, lawati tapak web Sokongan macOS.