Panduan Pengguna iCloud.com untuk iPad
- Selamat Datang
- Pengenalan kepada iCloud.com
- Daftar masuk dan gunakan iCloud.com
- Jemputan Apple
-
- Gambaran keseluruhan Foto di iCloud.com
- Lihat foto dan video anda
- Layari foto atau video mengikut tarikh
- Sembunyikan foto dan video anda
- Muat naik dan muat turun foto
- Tambah atau edit tajuk, kapsyen atau metadata lain
- Susun foto dan video
- Tambah foto dan video pada Kegemaran
- Mainkan tayangan slaid foto
- Padam dan pulihkan foto dan video
- Dapatkan bantuan lanjut dengan iCloud
- Legal notices and acknowledgements
- Copyright and trademarks

Tambah atau edit tajuk, kapsyen dan banyak lagi dalam Foto di iCloud.com
Dalam Foto di iCloud.com, anda boleh melihat dan mengedit metadata tentang foto atau video, seperti tarikh, masa dan lokasi. Anda juga boleh menambahkan tajuk dan kapsyen untuk memudahkan carian item.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik foto atau video yang ingin anda lihat maklumat lanjut.
Ketik
.
Ketik Edit di sebelah mana-mana metadata berikut:
Tajuk dan kapsyen: Masukkan teks dalam medan.
Tarikh dan masa: Ketik apa-apa dalam medan yang Dilaraskan, kemudian tentukan tarikh atau masa baharu. Untuk membuang sebarang perubahan, ketik Kembali kepada Asal.
Lokasi: Masukkan lokasi dalam medan, kemudian pilih pilihan. Untuk mengeluarkan lokasi, ketik Keluarkan Lokasi.
Petua: Jika foto atau video masih belum mempunyai lokasi, ketik Tambah Lokasi terlebih dahulu.
Ketik Simpan.
Tajuk muncul dalam bar alat apabila anda melihat foto. Anda juga boleh melihatnya daripada paparan imej kecil.
Nota: Jika anda menambah atau mengedit kapsyen untuk foto atau video dalam Pustaka Foto Dikongsi iCloud, semua peserta boleh melihat perubahan.