
Pilih app yang boleh digunakan pada bila-bila masa dalam Masa Skrin pada Mac
Dalam Masa Skrin pada Mac, anda boleh menentukan app yang boleh digunakan pada bila-bila masa, walaupun semasa masa henti, untuk diri anda atau anak anda.
Sebelum anda boleh menyediakan app yang sentiasa dibenarkan, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin. Lihat Sediakan Masa Skrin untuk diri anda atau Sediakan Masa Skrin untuk anak.

Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Masa Skrindalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)
Jika anda ialah ibu bapa/penjaga dalam kumpulan Perkongsian Keluarga, klik menu timbul Ahli Keluarga, kemudian pilih ahli keluarga.
Jika anda tidak melihat menu timbul Ahli Keluarga, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dan menggunakan Perkongsian Keluarga.
Klik Sentiasa Dibenarkan.
Jika anda tidak melihat Sentiasa Dibenarkan, anda perlu mengaktifkan Masa Skrin untuk ahli keluarga yang dipilih.
Pergi ke Masa Henti, kemudian pilih pilihan untuk “Benarkan komunikasi dengan”.
Kenalan khusus: Benarkan perbualan satu dengan satu dan kumpulan semasa masa henti hanya dengan orang tertentu dalam kenalan ahli keluarga. Untuk menentukan kenalan yang dibenarkan, klik Edit Kenalan, kemudian gunakan
dan
untuk mengubah suai senarai.
Kenalan Sahaja: Benarkan perbualan satu dengan satu dan kumpulan semasa masa skrin hanya dengan orang dalam kenalan ahli keluarga.
Nota: Pilihan yang tersedia berbeza, bergantung pada seting semasa untuk komunikasi dibenarkan semasa masa skrin (disetkan dalam seting Had Komunikasi). Lihat Tukar seting Had Komunikasi dalam Masa Skrin.
Jika anda telah diberikan keizinan untuk mengedit kenalan iCloud ahli keluarga anda, klik Edit Kenalan, kemudian gunakan
dan
untuk mengubah suai senarai.
Aktifkan app dalam senarai yang anda mahu sentiasa benarkan. Untuk mencari app yang anda mahukan, lakukan mana-mana yang berikut:
Cari app: Taipkan nama dalam medan carian. Senarai dikemas kini semasa anda menaip.
Senaraikan app mengikut paling kerap digunakan: Klik
, kemudian pilih Penggunaan Harian untuk mengisih app daripada paling banyak digunakan hingga paling kurang digunakan.
Senarai app mengikut abjad: Klik
, kemudian pilih Nama.
Senaraikan app yang sentiasa dibenarkan di bahagian atas senarai: Klik
, kemudian pilih Keadaan.