
Padamkan lagu dan item lain dalam Muzik pada Mac
Dalam Muzik pada Mac, padamkan lagu, senarai main, folder dan kandungan lain. Anda boleh mengeluarkan item daripada pustaka anda atau daripada komputer anda.
Dalam app Muzik
pada Mac anda, klik Lagu dalam bar sisi di sebelah kiri.
Pilih item yang anda mahu padamkan, kemudian tekan kekunci Delete.
Klik Padam [item].
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Keluarkan item hanya daripada pustaka anda: Klik Simpan Fail.
Padamkan item daripada komputer anda: Klik Pindah ke Sampah. Item dikeluarkan pada kali seterusnya anda mengosongkan Sampah.
Jika anda memadamkan item daripada senarai main, item kekal dalam pustaka muzik anda dan pada komputer anda.
Jika anda memadamkan senarai main atau folder, lagu dalam senarai main atau folder kekal dalam pustaka anda dan pada komputer anda.
Jika anda memadamkan folder, semua senarai main dan folder dalam folder tersebut dipadamkan. Lihat Pengenalan kepada senarai main.
Jika anda mengakses pustaka muzik anda pada berbilang peranti, lagu yang anda padamkan daripada pustaka anda masih tersedia, jadi anda boleh memainkan atau memuat turun lagu pada bila-bila masa.