Urus pengesahan jatuh pada Apple Watch (Apple Watch SE dan Apple Watch Series 4 serta lebih baharu sahaja)

Dengan pengesanan jatuh didayakan, jika Apple Watch SE atau Apple Watch Series 4 atau lebih baharu mengesan kejatuhan yang teruk, ia boleh membantu menyambungkan anda kepada perkhidmatan kecemasan dan menghantar mesej kepada kenalan kecemasan anda. Jika Apple Watch mengesan kejatuhan yang teruk dan anda tidak bergerak selama lebih kurang seminit, ia akan mengetik pergelangan tangan anda, membunyikan penggera dan kemudian mencuba membuat panggilan kecemasan.
Jika tarikh lahir yang anda masukkan semasa menyediakan Apple Watch anda (atau menambahnya ke app Kesihatan pada iPhone) menandakan yang anda berusia 55 tahun dan ke atas, pengesanan jatuh diaktifkan secara automatik. Jika anda berusia antara 18 dan 55, anda boleh mengaktifkan pengesanan jatuh secara manual dengan melakukan yang berikut:
Buka app Seting
pada Apple Watch anda.
Pergi ke SOS > Pengesanan Jatuh, kemudian aktifkan Pengesanan Jatuh.
Anda juga boleh membuka app Apple Watch pada iPhone anda, ketik Jam Saya, ketik SOS Kecemasan, kemudian aktifkan Pengesanan Jatuh.
Nota: Jika anda menyahaktifkan pengesan tangan, Apple Watch SE dan Apple Watch Series 4 serta lebih baharu tidak akan mencuba memanggil perkhidmatan kecemasan secara automatik walaupun selepas ia mengesan kejatuhan impak tinggi.
Pilih “Sentiasa aktif” untuk membuatkan pengesanan jatuh aktif pada setiap masa, atau “Hanya aktif semasa latihan” untuk membuatkan pengesanan jatuh aktif hanya apabila anda memulakan latihan.
Jika anda berusia antara 18 dan 55, serta menyediakan Apple Watch baharu dengan watchOS 8.1 atau lebih baharu, pengesanan jatuh semasa latihan diaktifkan secara automatik. Jika anda menaik taraf Apple Watch sedia ada anda daripada versi lebih awal watchOS, anda mesti mengaktifkan ciri untuk mengesan kejatuhan keras hanya semasa latihan.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat artikel Sokongan Apple Gunakan pengesanan jatuh pada Apple Watch.
Nota: Apple Watch tidak boleh mengesan semua kejatuhan. Jika anda lebih aktif secara fizikal, lebih kemungkinan anda akan mencetuskan pengesanan jatuh kerana aktiviti impak tinggi boleh kelihatan seperti jatuhan.
Muat turun panduan ini: Apple Books