Masukkan teks pada Apple Watch
Anda boleh memasukkan teks dengan merencana, mencoret dengan jari anda atau menaip pada papan kekunci atas skrin. Anda juga boleh menggunakan emoji dan bertukar kepada penaipan pada iPhone berpasangan anda.
Tukar kaedah input semasa memasukkan teks pada Apple Watch
Anda boleh menukar kaedah input pada bila-bila masa anda memasukkan teks—contohnya, apabila anda mengarang mesej.

Ketik medan teks—seperti mesej baharu atau medan carian.
Butang di bawah kanan menunjukkan kaedah input semasa. Untuk menukar kaedah input, ketik butang, kemudian pilih salah satu daripada yang berikut:
Papan kekunci atas skrin: Ketik
(tidak tersedia dalam semua bahasa; tidak tersedia pada Apple Watch SE atau Apple Watch Series 6).
Coretan: Ketik
(tidak tersedia dalam semua bahasa) untuk melukis huruf pada skrin dengan jari anda.
Perencanaan: Ketik
(tidak tersedia dalam semua bahasa) untuk mentranskripsi pertuturan anda kepada teks.
Rencanakan teks

Apabila kaedah input disetkan kepada perencanaan (tidak tersedia dalam semua bahasa), anda boleh melakukan yang berikut:
Sebutkan tanda baca: Contohnya, sebutkan sesuatu seperti “Sudahkah ia tiba tanda soal”.
Tuturkan emoji: Contohnya, sebutkan sesuatu seperti “Emoji ibu jari atas”.
Edit: Untuk mengalihkan kursor, putar Digital Crown.
Pilih perkataan: Ketik perkataan. Untuk menggantikan perkataan, sebutkan perkataan berbeza.
Pilih semua: Dwiketik skrin.
Padam: Ketik
.
Coret dengan jari anda

Apabila kaedah input disetkan kepada Coretan (tidak tersedia dalam semua bahasa), anda boleh melakukan yang berikut:
Write: Gunakan jari anda untuk menulis huruf, nombor dan tanda baca pada skrin.
Gunakan teks ramalan: Putar Digital Crown untuk melihat perkataan yang dicadangkan, kemudian berhenti memutarkan Digital Crown untuk memasukkan cadangan yang diserlahkan.
Tambah ruang: Ketik Ruang.
Edit: Untuk mengalihkan kursor, putar Digital Crown.
Pilih perkataan: Ketik perkataan. Untuk menggantikan perkataan dengan cadangan, putar Digital Crown.
Pilih semua: Dwiketik teks.
Padam: Ketik
.
Taipkan dengan papan kekunci atas skrin
Nota: Papan kekunci atas skrin tersedia pada model disokong; tidak tersedia dalam semua bahasa.

Apabila kaedah input disetkan kepada papan kekunci atas skrin, anda boleh melakukan yang berikut:
Taip: Ketik aksara untuk memasukkannya.
Gunakan QuickPath: Luncur daripada satu huruf ke huruf lain tanpa mengangkat jari anda. Untuk menamatkan perkataan, angkat jari anda.
Gunakan teks ramalan: Perkataan cadangan kelihatan semasa anda menaip. Ketik perkataan yang lengkap atau belum lengkap untuk menyerlahkannya, kemudian putarkan Digital Crown untuk melihat perkataan cadangan. Berhenti memutarkan Digital Crown untuk memasukkan cadangan yang diserlahkan.
Bertukar ke papan kekunci berbeza: Jika anda menyediakan Apple Watch anda untuk menggunakan lebih daripada satu bahasa, anda boleh meleret ke atas dari bahagian bawah skrin, kemudian memilih papan kekunci bahasa yang berbeza.
Tambah emoji
Semasa memasukkan teks menggunakan perencanaan, Coretan atau papan kekunci atas skrin, ketik
.
Untuk melayari, sentuh dan tahan kategori di bahagian bawah, kemudian seret ke kiri dan kanan.
Apabila anda menemui emoji yang betul, ketiknya.
Taip pada iPhone anda
Jika iPhone berpasangan anda berada berdekatan, anda boleh menggunakannya untuk memasukkan teks.
Pada Apple Watch, mula merencana atau memasukkan teks.
Pada iPhone, ketik pemberitahuan untuk Input Papan Kekunci Apple Watch, kemudian teruskan perencanaan atau penaipan.