Jump to Content

Lebih cepat, lebih selamat, lebih mudah. Log masuk dengan Google dengan satu ketikan.

Gunakan Google Account anda untuk mendaftar dan log masuk dengan lebih selamat dan lebih mudah supaya anda boleh meluangkan kurang masa pada nama pengguna dan kata laluan serta lebih banyak masa pada apl dan laman yang anda sukai.

Kursor menuding pada butang Log masuk dengan Google pada skrin komputer riba. Ikon apl berputar di sekeliling skrin. Di sebelah komputer riba, peranti mudah alih turut memaparkan butang Log masuk dengan Google.
  • Log masuk dengan lancar

    Buat akaun baharu dengan mudah dan selamat atau log masuk ke apl dan laman kegemaran anda tanpa perlu bersusah payah menggunakan nama pengguna dan kata laluan.

  • Gunakan mana-mana peranti

    Nikmati pengalaman log masuk yang lancar dan biasa merentas semua penyemak imbas dan peranti yang anda gunakan, termasuk iOS dan Android.

  • Kawal sambungan anda

    Kawal apl dan laman anda dengan berkongsi maklumat akaun dengan selamat seperti nama, alamat e-mel dan gambar profil anda serta melalui pengurusan akses kepada apl Google seperti Drive.

  • Kekal lebih selamat dengan Google

    Tiada lagi kata laluan yang digunakan semula dan log masuk yang lemah. Penggunaan Google Account anda untuk log masuk dengan selamat bermaksud pergantungan pada kurang apl dan laman untuk menyimpan kata laluan anda agar data anda kekal lebih selamat.

Cara menggunakan Log masuk dengan Google

Akses apl dan laman yang anda sukai dengan mudah pada mana-mana peranti — semuanya dengan Google Account anda

Klik butang Log masuk dengan Google pada apl atau laman

Pilih Google Account untuk digunakan

Jika ini kali pertama anda berbuat demikian, kongsi nama, alamat e-mel dan gambar profil daripada Google Account anda untuk log masuk ke apl atau perkhidmatan
Sesetengah apl mungkin meminta maklumat lain, seperti alamat atau nombor telefon anda, yang boleh anda kawal pada bila-bila masa dalam tetapan Google Account anda

Teruskan kepada apl atau laman

Itu sahaja, kini anda dilog masuk!
Selepas ini, log masuk semula dengan mudah menggunakan Google Account anda yang sama

Peranti menunjukkan skrin log masuk. Dalam medan nama pengguna dan kata laluan, pilihan untuk membuat akaun baharu atau Log masuk dengan Google tersedia. Butang Log masuk dengan Google mengembang dan pop keluar daripada skrin. Kursor mengklik butang.
Tetingkap timbul memenuhi skrin peranti. Tetingkap ini menggesa pengguna supaya menggunakan Google Account untuk meneruskan kepada apl atau menambahkan akaun lain. Kursor memilih akaun untuk digunakan.
Tetingkap timbul berubah untuk menggesa pengguna agar membenarkan Google log masuk mereka ke apl. Kursor mengklik butang teruskan. Tetingkap timbul ditutup dan skrin menunjukkan apl sedang dimuatkan.

Log masuk dengan lebih selamat dengan keselamatan yang dipercayai daripada Google

  • Selamat secara lalai

    Anda berhak menikmati proses log masuk yang pantas dan selamat. Log masuk dengan Google membantu untuk melindungi daripada pelanggaran data pihak ketiga dengan mengehadkan bilangan lokasi maklumat anda disimpan dalam talian.

  • Kawalan di tangan anda

    Urus maklumat yang anda pilih untuk dikongsi dengan setiap apl dan laman pihak ketiga dan kemas kinikan tetapan anda pada bila-bila masa daripada Google Account anda.

  • Direka bentuk untuk privasi

    Google tidak menggunakan maklumat atau aktiviti daripada Log masuk dengan Google untuk iklan atau mana-mana produk Google yang lain. Kami mendukung tegas amalan data bertanggungjawab yang direka bentuk untuk menghormati privasi anda.

Apl dan laman kegemaran anda boleh diakses dengan hanya satu ketikan