
Urus perkongsian untuk fail dan folder dalam iCloud Drive di iCloud.com
Selepas anda berkongsi fail atau folder, anda boleh menambah atau mengeluarkan peserta, mengubah pilihan perkongsian atau berhenti berkongsi. Jika anda seorang peserta, anda boleh mengeluarkan diri anda sendiri dan anda mungkin boleh menambah atau mengeluarkan peserta lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peranan pemilik dan peserta, lihat Apakah yang boleh anda lakukan dalam fail atau folder kongsi di iCloud.com?
Nota: Anda boleh melihat fail Pages, Numbers dan Keynote dikongsi pada iPad tetapi anda tidak dapat mengeditnya.
Urus perkongsian jika anda pemiliknya
Jika anda memiliki fail atau folder, anda boleh menguruskan peserta dan seting perkongsian.
Nota: Anda tidak boleh mengubah seting perkongsian untuk fail individu dalam folder yang dikongsi. Anda mesti mengubah seting folder.
Pergi ke icloud.com/iclouddrive, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik
, kemudian pilih fail atau folder yang dikongsi.
Ketik
, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Tambah peserta: Ketik Tambah Orang atau Hantar Pautan.
Keluarkan peserta daripada item yang dikongsikan secara peribadi: Ketik nama peserta, kemudian ketik
dan pilih Keluarkan Akses.
Edit pilihan perkongsian untuk peserta bagi item yang dikongsi secara peribadi: Ketik nama peserta, kemudian ketik
dan pilih tahap akses (Boleh Buat Perubahan atau Lihat Sahaja).
Edit pilihan perkongsian untuk semua orang: Ketik Pilihan Perkongsian.
Salin pautan ke fail atau folder yang dikongsi: Ketik Salin Pautan.
Ketik Selesai.
Tambah atau keluarkan orang jika anda seorang peserta
Jika pemilik fail atau folder memberikan kebenaran, peserta boleh menambahkan atau mengeluarkan orang lain daripada fail atau folder dikongsi. Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh mengurus seting perkongsian orang yang ditambahkan oleh mereka dan tidak boleh mengeluarkan pemilik.
Pergi ke icloud.com/iclouddrive, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik
, kemudian pilih fail atau folder yang dikongsi.
Ketik
, kemudian lakukan salah satu yang berikut:
Tambah peserta: Ketik Tambah Orang atau Hantar Pautan.
Keluarkan peserta: Ketik nama orang, kemudian ketik
dan pilih Keluarkan Akses.
Ketik Selesai.
Keluarkan diri anda daripada fail atau folder yang dikongsi
Jika anda merupakan seorang peserta, anda boleh mengeluarkan diri anda dari fail atau folder yang dikongsi.
Pergi ke icloud.com/iclouddrive, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik
, kemudian pilih fail atau folder yang ingin anda keluarkan sendiri.
Ketik
.
Ketik nama anda, kemudian ketik
dan pilih Keluarkan Saya.
Berhenti berkongsi fail atau folder
Anda mestilah pemilik fail atau folder yang dikongsi untuk berhenti berkongsi fail atau folder itu.
Pergi ke icloud.com/iclouddrive, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik
, kemudian pilih fail atau folder.
Ketik
, kemudian lakukan salah satu daripada yang berikut:
Berhenti berkongsi dengan semua peserta: Ketik Pililhan Perkongsian, kemudian klik Hentikan Perkongsian.
Berhenti berkongsi dengan hanya satu peserta: Ketik nama peserta, kemudian ketik
dan pilih Keluarkan Akses.
Jika anda berhenti berkongsi atau memadam folder yang dikongsi, peserta tidak boleh lagi melihat atau mengedit fail dalam folder.
Untuk berhenti berkongsi fail dalam folder yang dikongsi tanpa mengubah seting folder, anda boleh memindahkan fail ke folder yang anda tidak kongsikan.