
Cipta dan urus album dikongsi dalam Foto di iCloud.com
Anda boleh menggunakan Album Dikongsi untuk berkongsi foto dan video dengan orang yang anda pilih—dan mereka boleh menambahkan foto, video dan komen mereka sendiri.
Petua: Untuk mencipta album yang tidak dikongsi, lihat Susun foto dan video dalam album.
Cipta album yang dikongsi
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Album Dikongsi pada bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Ketik
, kemudian masukkan nama untuk album baru.
Dalam medan Jemput Orang, masukkan satu atau lebih alamat e-mel.
Ketik Cipta.
Urus perkongsian untuk album
Jika anda pencipta album dikongsi itu, anda mengawal orang yang boleh mengakses album.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Album Dikongsi pada bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Ketik album, ketik
, kemudian ketik Urus Perkongsian.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Benarkan orang yang anda jemput menambah pada album ini: Hidupkan Pelanggan Boleh Menyiar.
Benarkan sesiapa sahaja melihat album di iCloud.com: Hidupkan Laman Web Umum.
Petua: Jika Laman Web Umum dihidupkan, anda boleh mengetik Salin untuk menyalin pautan yang akan dihantar kepada orang.
Jemput lebih ramai orang: Ketik
, masukkan satu atau lebih alamat e-mel, kemudian ketik Jemput.
Keluarkan pelanggan: Ketik
di sebelah nama pelanggan.
Terima atau tolak jemputan ke album dikongsi
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Ketik pautan yang anda terima, kemudian ketik Terima atau Tolak.
Pergi ke icloud.com/photos, daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu) kemudian ketik Album Dikongsi pada bar sisi. Dalam jemputan di bahagian atas, ketik Terima atau Tolak.
Padam atau nyahlanggan daripada album yang dikongsi
Jika anda pencipta album dikongsi itu, anda boleh memadamkan album dikongsi tersebut. Jika anda seorang pelanggan, anda hanya boleh menyahlanggan daripada album dikongsi tersebut.
Pergi ke icloud.com/photos, kemudian daftar masuk ke Akaun Apple anda (jika perlu).
Ketik Album Dikongsi pada bar sisi.
Jika anda tidak melihat bar sisi, ketik
.
Ketik album, ketik
, kemudian ketik salah satu daripada yang berikut:
Padam Album Dikongsi: Album dikeluarkan secara automatik daripada semua peranti anda dan peranti pelanggan anda. Jika anda menghidupkan Laman Web Umum, album dikongsi akan dikeluarkan daripada web juga.
AMARAN: Tindakan memadamkan album dikongsi akan memadamkan semua foto di dalam album secara kekal. Sebelum meneruskan, pastikan anda menyimpan mana-mana foto yang anda ingin simpan.
Nyahlanggan: Album akan dikeluarkan secara automatik daripada peranti anda sahaja.
Selepas anda mencipta album dikongsi, anda boleh memuat naik foto dan video, memberikan komen atau menyukai foto dan video tersebut. Lihat Sukai atau berikan komen pada foto dalam album dikongsi di iCloud.com.
Nota: Tidak semua ciri tersedia di semua negara atau rantau.