
Pilih gambar Apple ID anda pada Mac
Anda boleh memilih gambar atau imej untuk mewakili anda dalam keutamaan Apple ID.
Buka keutamaan Apple ID untuk saya
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.
Jika anda belum mendaftar masuk ke Apple ID anda, klik Daftar Masuk dan taipkan maklumat Apple ID anda. Ikuti arahan pada skrin.
Klik gambar di atas nama anda dalam bar sisi, atau seret fail imej daripada Finder ke atas gambar, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Guna gambar yang disertakan dengan macOS: Klik Lalai, kemudian pilih gambar.
Ambil gambar anda menggunakan Mac anda: Klik Kamera dan apabila anda bersedia, klik Ambil Foto.
Gunakan gambar daripada aplikasi Foto: Klik Foto. Untuk melihat foto tertentu daripada masa, tempat, atau album, klik segi tiga pendedahan di bawah foto, kemudian pilih kumpulan foto. Pilih gambar, kemudian klik Seterusnya.
Zum ke dalam atau ke luar: Seret gelangsar ke kiri atau ke kanan.
Alihkan gambar: Seret gambar ke sekeliling di dalam bulatan.
Klik Simpan.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar maklumat akaun Apple ID anda pada tapak web Apple ID, lihat halaman akaun Apple ID anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menukar seting akaun Apple ID menggunakan peranti iOS atau iPadOS, lihat “Uruskan seting Apple ID dan iCloud” dalam panduan pengguna untuk iPhone, iPad, atau iPod touch.